Selaras dengan perkembangan dari semua aspek samada dari segi politik, ekonomi, dan sebagainya. Hiburan juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama berkembang. Dan pada masa ini, salah satu penyakit baru yang banyak memberi kesan kepada ramai rakyat Negara ini iaitu program realiti tv, akademi fantasi contohnya dan banyak lagi program lain.
Saya tidak menafikan bahawa hiburan dan juga industri ini menjadi satu elemen yang penting kepada masyarakat moden sekarang. Televisyen adalah satu medium atau alat untuk kita tonton dan merehatkan fikiran setelah penat bekerja. Ia juga adalah sebagai satu wadah pihak-pihak tertentu untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
Tidak ada manusia tidak mahu menonton televisyen, tetapi sikap manusia itu sendiri sudah keterlaluan dalam mengejar hiburan.
Hiburan seolah-olah menjadi agenda utama rakyat Malaysia terutama di kalangan orang melayu. Saban hari, terdapat pertelagahan antara sesama sendiri siapa yang patutu menjadi juara.
Saya tidak faham apa yang hebatnya rancagan ini yang boleh membawa kesan yang terlalu besar dari segi emosi kepada mereka. Perkara ini pada pendapat saya tidak perlu diperbesar-besarkan kerana ia tidak memberi apa-apa kemudaratan kepada keselamatan atau daras ekonomi Negara dan amat memalukan kerana jelas memperlihatkan tahap pemikiran bangsa kita.
Adakah lebih baik bagi kita gunakan medium-medium ini untuk mempertingkatkan ilmu dan pengetahuan kita dengan hujah-hujah yang boleh membina jati diri bangsa kita.
Namum nampaknya hiburan telah menjadi agenda utama rakyat kita. Kita sanggup ketepikan agenda-agenda utama Negara kerana untuk memberi laluan kepada mereka yang begitu dahagakan hiburan. Rakyat lebih ingin tahu apa yang terjadi kepada artis-artis ini daripada bagaiman perkembangan ekonomi Negara.
Rakyat lebih ingin tahu apakah hubungan artis ini dengan pasangannya daripada turun atau naiknya produktiviti Negara yang akan menjaga sector-sektor perniagaan. Kita seharusnya berubah.
Mentality rakyat harus dialirkan ke arah yang betul. Ini demi masa depan kita, anak-anak dan Negara.
Terdapat juga rancangan realiti yang membawa kesan yang amat baik seperti terbitan tv3 iaitu bersamamu, top hos dan terbitan luar Negara seperti the apperantice yang boleh memberi inspirasi kepada rakyat untuk membantu sesama sendiri, memperkembangkan ilmu dan kenyakinan diri serta mempelajari liku-liku kehidupan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Semangat ini yang kita perlukan di kalangan remaja kita. Tetapi rancangan ini tidak menarik dan tidak dapat menghiburkan, apa sudah jadi dengan remaja kita sekarang.
Saya melihatkan masyarakat islam sekarang lebih beragamakan hiburan dari agama islam itu sendiri. Maafkan saya jika perkataan yang saya gunakan menyebabkan ada pihak yang tersinggung. Jika kita perhatikan, mereka menangis kerana orang yang terkeluar itu adalah pilihannya, tetapi tidak pernah menangis jika melakukan dosa-dosa waima dosa besar sekalipun.
Ke mana arah lambakan produk ini jika secara puratanya setiap rangkaian televisyen tempatan melahirkan 10 orang penyanyi pada setiap tahun?
Saya mencabar rangkaian-rangkaian televisyen ini untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang penyanyi yang boleh menjadi penyanyi yang terkenal di seluruh dunia.
Hiburan tidak akan membawa manusia ke mana-mana. Ilmu telah terbukti boleh membawa kejayaan kepada sesuatu bangsa. Ilmu juga telah membawa kejayaan besar kepada industri hiburan di barat. Hollywood menerbitkan filem-filem berdasarkan ilmu dan kajian yang mendalam yang kadang-kadang tidak terfikir pun oleh akal fikiran kita bahawa mereka boleh menghasilkan karya yang sebahagiannya terlalu ke hadapan.
Penyanyi barat ini juga berjaya kerana ilmu strategi pemasaran yang membantu mereka memasarkan album-album tersebut dengan baik, termasuk dengan penyanyi itu sendiri yang mempunyai ilmu nyanyian.
Tiada manusia tidak sukakan hiburan, tetapi kini keadaan rakyat Malaysia agak keterlaluan dalam mencari hiburan.
Islam sendiri menegaskan bahawa betapa pentingnya ilmu dan pengetahuan itu dalam kehidupan seharian yang boleh didapati melalui pembacaan. Tiada wujud pun ayat al-Qur’an mengatakan berhiburlah atau menyanyilah yang ditujukan kepada umat islam sejagat, tetapi umat islam sendiri mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang boleh membawa kelalaian yang boleh menjurus kepada penjajahan fikiran ini.
Kita seharusnya melahirkan lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad bukannya para penyanyi yang akan membanjiri pasaran tempatan tanpa pembeli.
Kita seharusnya melahirkan lagi tokoh-tokoh korporat dan usahawan yang berjaya jika tidak dapat seperti Bill Gates atau Donald Trumps cukuplah sekadar seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Jika kita ingin melihat Negara kita maju dalam sektor perindustrian, lahirkan lebih ramai pereka seperti Zulkifli Haron melalui ZullDesign dan jangan sesekali abaikan manusia kreatif seperti beliau.
Jika kita ingin mencari penyanyi lahirkan penyanyi seperti Siti Nurhaliza yang memperniagakan bakat dan tingkah laku yang baik.
Posted at 10:25 pm by pendidikmas
Permalink